Monday, April 4, 2016

semalam

assalamualaikum.

aku baru sahaja kemas kini upu memandangkan semalam baru pergi karnival masuk U tu. Macam dah betul-betul  tekad la tetapkan apa aku hendak.Ok semalam perjalanannya begini ;

Aku pergi ikut rombongan sekolah ayah kawan aku.Kiranya aku menumpang sekaki la. Kita kena pandai gunakan peluang yang bukan senang nak dapat hahaha. Aku pergi rumah dia lepastu dalam pukul 7.45 a.m gerak pergi sekolah untuk ikut rombongan. Ok Dayang duduk dengan Wani & aku masa tu macam pasrah la untuk duduk dengan orang yang tak kenal hmm. Tapi tak mengapa la sebab aku ok je. Aku duduk sebelah kakak ni dia orang Sabah hehe.

Masa dalam bas makan nasi lemak. Termenung dan borak-borak dengan akak tu dan lepas tu kembali merenung jauh. Tiba-tiba je kan.... sampai!! Alhamdulillah. Kena berkumpul semula pukul 12.30 p.m dan masa tu aku fikir apa aku nak buat lama-lama sebab sekarang baru pukul 9.30 a.m kut!

Sampai je kat tapak tu kami syukur sebab karnival tu diadakan dalam kawasan tertutup dan ada aircond. Masa tu tak ramai sangat orang lagi. Maka kami pun meneruskan niat kami untuk mengunjungi booth universiti yang kami inginkan.

Dekat sana banyak juga la benda baru yang aku dapat sampai aku bertambah pening (haha). Banyak dapat beg & cenderamata huhu. dah mereka nak beri ambil jela kan. Di sepanjang perjalanan aku  harap dapat jumpa ex-schoolmates dan ya jumpa sorang je!! Terjumpa Iman Amran (ex-deskmate) . Walaupun masa tu aku macam nampak tak nampak sebab tak pakai speks, tetapi hati aku kuat untuk yakin tu dia. Jadi kami tegur dan perkara paling aku suka cara dia apabila terjumpa mesti peluk hahaha rasa disayangi gitu. Thanks Iman :)

Teruskan mencari universiti yang aku piih dalam 12 pilihan itu. Masa tu Ammar, Wani dan Dayang entah ke mana dah.... Jalan jela sensorang kat tempat yang dipenuhi manusia itu.Waktu paling teruja kan masa kau dapat pergi booth uni yang nak sangat kau masuk hehe. Rasa macam bahagianya !!

Jalan punya jalan terjumpa la balik dengan kengkawan tiga orang tu pastu kami pun macam dah penat pergi keluar cari air. Beli air jagung hehe. Lepastu masuk semula dekat tempat tu untuk dapatkan aircond.Bahang kut!! Tangkap-tangkap gambar.


 Bukti air jagung yang dibeli. secawan besar rm 3


Sebelum balik sempat beli air tembikai tu pun dah kena panggil sebab bas dah sampai.Begitu lah kisahnya.
Bukti kami memang ke sana (haha)

Dalam pada masa yang sama aku keliru ni. Sebab dapat tawaran foundation in sc dekat kolej mara kuala nerang under UniKL.Patut pergi atau tolak?! Only God knows how dilemma & confusing I'm because I have to register there before the upu result get announce. Seolah macam kalau aku terima betul ke ni kut dapat pilihan upu aku tu.Kalau aku tolak......... tak rasa rugi ke. hahaha satu ni pun mengganggu ketenteraman hidupku. Syukur la aku takde mintak atau harapkan mana-mana lagi kalau tak lagi la pening nak buat keputusan.So for now, I really need time and hopefully Allah shows me the true path for my future. Aamiin.

Thanks for reading. Wish you all the best & Assalamualaikum.