Wednesday, May 18, 2016

biarkan.

Assalamualaikum.

Aku tiba-tiba dapat satu semangat yang aku akan tulis entry dalam blog dalam bm. Sebab rasa macam tenangnya baca penulisan orang dalam bm yang sempurna. Tetapi ada la beberapa perkataan yang aku guna sikit-sikit ya. macam "entry", "blog" habistu nak ganti dengan apa hahaha.

Okay berbalik kepada tajuk kita iaitu biarkan. Banyak benda kat atas muka bumi yang patut kita biarkan. Contohnya  orang yang cakap buruk pasal kita, ataupun orang yang tak suka cara kita. Lagi lama kita hidup, lagi ramai orang tak suka cara kita. Yang penting kau  jangan terlalu fikirkan. Kau dicipta oleh Tuhan bukan untuk puaskan hati orang itu sahaja,kan?Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kau galas. Kalau nak bahagia, bertindak seperti apa yang Tuhan kehendaki & bagaimana layanan orang terhadap kau, yang kau suka. Kadang-kadang kau diuji kerana biarpun kau mecuba untuk berubah tetapi masih ada yang tak suka. Sabar okay?

Kau yakin sahaja bahawa setiap yang baik,akan dibalas baik.Ada juga waktu kau tak cakap salah ,kalau kau cakap pun salah. Tapi kau kena positif sebab disebalik kesedihan ini, Tuhan hadirkan kau teman-teman rapat yang banyak tolong kau untuk kuat :-)

Aku cakap semua ini untuk keyakinan diri sendiri juga hehe. Aku pun dahulu (masa sekolah rendah & menengah bawah) main cakap lepas je ngan kawan-kawan sekeliling aku. Tapi, semakin aku dewasa aku perasan manusia ni tak sama. Kau tak boleh layan A sama dengan cara kau layan B.
Kita cuba okay :-) Jadi, masa menengah atas aku banyak belajar tentang kehidupan.

Jangan lah bersedih. Andai kau rasa kau ada buat salah, minta maaf & kalau dia tak mahu maafkan,itu hak dia. Sekurangnya kau dah mencuba apa yang patut kau buat.
Semoga Tuhan memberikan kita ketenangan & kesabaran dalam mengharungi hidup ini.Aamiin.


No comments: