Sunday, June 19, 2016

Minggu Orientasi

Assalamualaikum


Haii macam mana hari ini? okay? semoga sihat sejahtera. Aku pun macam demam-demam sikit ni ha.

Jadi, Jumaat 10/6 berakhirlah minggu orientasi aku sebagai pelajar KMNS 16/17. Serius la penat sangat tapi best sangat weh. KMNS tempat yang sangatlah aman damai sejahtera harmoni hehe. Sebab kolej ni terletak di luar bandar jadi udaranya sangat segar :-) Alhamdulillah aku punya asrama di blok A kiranya dekat lah dengan blok pentadbiran. Boleh kurus la duduk sini sebab kawasan dia besar pastu banyak blok-blok feh sesat aku kat sana tau. Minggu pertama ni alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Aku gembira dengan pilihan yang aku pilih ini. Kawan-kawan semua baik pastu gila-gila hahaha aku dalam kelas barai je dengan keletah memasing. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau ada salah dalam apa yang akan aku ceritakan. Sebab aku pun ingat-ingat lupa. Sorry eh :)

Hari pertama (Isnin, 6/6)

Aku sampai pukul 3.30 petang. Seterusnya kena pergi daftar, ambil kunci bilik semuanya kena buat sendiri. Selesai bahagian di blok asrama, aku pergi ke perpustakaan. Di situ tempat pengambilan gambar untuk kad matriks. Banyak tangga kena naik untuk pi pss kat tingkat 2 haha. Aku dah reda dah gambar kad matriks tu mesti selekeh yela aku bergegas kut sebab dah lambat. Pastu ambil baju tshirt & baju batik. Ada warna oren, ungu dan baju batik warna merah hitam wuwuwu. Seterusnya aku terus bergegas balik asrama sebab pukul 4 petang kena ada kat surau untuk Solat Asar berjemaah. Kena pakai baju oren, seluar slack, kasut dan tudung hitam.Aku sesat lah nak pergi surau. Dhla sensorang lambat ha. Tetiba berkenalan dengan seorang rakan sebab dia lambat juga haha. Nama dia Nasuha hehe.Pastu dekat surau para fasi bagi penerangan semua tentang minggu orientasi. Pastu jumpa la kawan-kawan sekolah lama. Aku memula terserempak ngan Teme kat bilik wuduk. Aku tepuk dia haahah dia terkejut la asal aku ada sebab aku tak hebahkan hihih. Tapi aku tau la Teme memang pergi KMNS huhu. Pastu kitorg duduk la surau ada tadarus ikut aras asrama. Pastu pukul 6 petang pergi beli makanan kat kafe dan ada la beberapa gerai kelihatan seperti bazar haha. Masa aku tanya tu air apa tetiba orang depan toleh & pandang aku sebab dengar suara aku. Rupanya Izzzyyy xD lol. Kami berbuka kat Surau al-Muttaqin.
Pastu Solat Maghrib -- Solat Tarawikh kat surau sampai pukul 10 malam.

Hari Kedua (Selasa 7/6)

Bangun sahur pukul 3.45 pagi kut pfff sebab kena berkumpul terus pakai baju ungu,seluar slack, tudung dan kasut hitam. Malam tu pun aku terjaga-jaga yela pertama kali di tempat baru. Lagipun, lagi sorang roommate aku tak sampai lagi sebab pelajar dari KL,Selangor & dari Timur daftar hari ini.hehe. Aku sahur 2 keping roti dan air jela. Takde de nak beratur panjang beli sahur kat kafe. Tak sanggup. Seterusnya pergi solat Subuh berjemaah, ada program Duha, ada tadarus , ada jugak uji bakat untuk perlantikan jadi pembaca ikrar. Aku cuba jela dengan intonasi ikrar kolej dulu hahah sedap-2 aku je.Aku tak terpilih la tskk. Dan segalnya sama & lancar seperti semalam. Alhamdulillah.

Hari Ketiga ( Rabu 8/6)

Hari ini ada perhimpunan rasmi  jadi pakai baju rasmi, tudung hitam dan kasut hitam sempena pelancaran kemasukan pelajar baru.Kami dikehendaki beratur dalam LDK iaitu Latihan Dalam Kelas. Memang nasib ah LDK ni main bagi je haha. Aku LDK 13 dan Modul 1. Pastu masa ni nyanyi lagu  kolej semua. Serius ah best weh lagu KMNS rasa nak menari xD pastu ada penerangan pasal perpustakaan semua. Ngantuk tu memang ye lah tapi kena la tahan...... hahahha. Pastu petang
ada tangkap gambar kat padang buat logo "KMNS". Para fasi cam puji la sebab kitorang punya smart kuikui. Pastu cam biasa pukul 6 pergi beli makanan seterusnya buka dan solat kat Surau Al-Muttaqin.

Hari Keempat ( Khamis 9/6)

Semuanya sama je macam hari-2 sebelum ni. Erm aku tak ingatlah buat apa lagi hahaha. Oh petang tu basuh baju guna mesin basuh. Sebab aku tekad yang kalau balik rumah aku tak nak bawa baju kotor huhuhu.Setiap blok ada dua buah mesin basuh dan hanya RM 2 duit kertas so sediakan lah banyak2 duit kertas seringgit ye.Tak silap hari ni juga kitorang gerak pergi satu kelas dan jumpa dengan mentor. Kenal-kenal ngan rakan sekelas hehe serius la gembira dapat kenal ngan mereka.

Hari Kelima ( Jumaat 10/6)

Gembira tak terkata sebab hari ni hari terakhir orientasi yeyyy. Hari ni kitorang gerak lagi pergi kelas tu. Buat game untuk rapatkan ukhuwah lol hahaha. Dan kitorang dibenarkan pulang bermalam yey. Pulang kali ni ibu dan abah ambil tapi lain kali kena balik sendiri naik bas. Kk kena belajar berdikari. Bas pun tambang RM 10 haih sama je macam kat kolej dulu T.T


Syukur sebab semuanya berjalan lancar. Lepas ni 2 minggu akan diadakan minggu asimilasi. Cikgu cakap dalam tempoh ni kalau kita tak dapat nk recall & fahamkan apa yang kita belajar so ada la masalah ngan modul yang kita pilih tu. Jadi, 1 minggu asimilasi telah aku lalui. Tak tipu yang memang penat tapi tak tipu juga semuanya memang berbaloi.hehe. Sebab cikgu semua baik yang ahhh baik sangat nak nangiss.haha terharu sangat, Aku pun okay la nak adapt sebab sebelum ni dah duduk asrama kan. Jadi memang betul la pengalaman mengajar kita. Sebab masa f4 pertama kali aku kat asrama seriusla derita sampai pelajaran aku tunggang langgang haih. Tapi kali ni, semuanya berjalan dengan mudah & aku belajar apa yang tak patut aku buat.Sungguh aku betul-2 yakin bahawa ternyata Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan diri mereka. Walaupun aku pernah merasai kesakitan tu semua dulu tapi kini Allah gantikan ia. Syukur. Moga dapat la survive pelajaran yang laju kat sini xD hahaha

Ok gerak luu. Assalamualaikum.Chiaww.







No comments: