Saturday, June 4, 2016

Pilihan

Assalamualaikum.

Ya, aku pernah kecewa.Kecewa apaaa? haha kecewa pasal belajar lah. Kawan-kawan yang aku rapat mesti tahu betapa aku berusaha dulu. Aku pun dulu rasa cam kenapa susahnya ilmu nak hadam dalam jiwa aku ni huhu. Aku tahu bukan aku seorang je rasa. Ramai jugak rasa macam ni kan? Tapi aku tetap teruskan langkah.Aku reda jelah sebab aku yakin orang yang berusaha pasti berjaya,kalau tak sekarang nanti hehe :-) Percubaan SPM aku sangat teruk. Bayangkan Math pun aku C+?! weh asal doe aku ni. Math kut!!! Addmath jangan cerita la.. Dahla nak dekat SPM weh, dari haritu aku tekad aku kena konsisten. Usaha lebih baik daripada sebelum ini.

Dan......... keputusan SPM telah diumumkan. Cam biasa la siapa je yang tak aim semua A kan? hehe itulah matlamat aku tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. "Allah knows while you not ;)"
Aku sedih la jugak sebab aku dahla anak sulung,pengawas sekolah lepastu result aku pun cam cukup-cukup makan je. huahua. Sakitnya tuh di sini.. Apapun aku syukur sangat sebab gred B ialah gred terendah aku. Alhamdulillah.Ha, Math aku  yang C+ tu pun dah A .hehe. Walaupun orang tanya "Fadh, ni je you dapat tapi I senyum je okay"

Aku pun cam pasrah berlambak pelajar semua A kat luar dan aku ni hanyalah seketul apa yang dipandang haha. Nak mohon UPU pun cam tak semangat dah. Kalau dapat tawaran swasta tu memang banyak la kan~~

Suatu saat itu aku tiba-2 dapat petunjuk untuk pergi ke matriks. Walaupun masa tu, keputusan UPU belum diumumkan. Tapi aku dah fikir " okay, kalau aku dapat pun UPU, aku tetap akan ke matriks".Pilihan UPU aku, 6 ke atas semua tentang Asasi. Dan, tiba lah saat keputusan UPU diumumkan. Alhamdulillah, aku berjaya dapat Asasi Sains Fizikal UNIMAS. Serius aku cakap memang dulu aku nak sangat pergi UNIMAS tapi bila Allah dah ubahkan ketetapan hati aku , minat tu tiba-2 hilang. Bila aku fikir pasal matriks aku rasa hati aku tenang dengan pilihan itu. InsyaaAllah inilah petunjuk yang aku mohon selama ini.

Mesti juga ada orang pelik kenapa aku tolak asasi, ambil matriks. Takpela aku ada sebab aku sendiri :-) Dua-dua ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Kalau adik-adik nak tahu sebab my personal opinion, just ask me okay ? 

Jadi, ya inilah pilihan yang aku pilih.Isnin,6/6 hari pendaftaran. Moga aku dah tak noob or loading nak catch up silibus masa zaman f4 dulu lol. Jadi, perjalanan aku bermula kembali. Moga diberikan kemudahan & pertolongan dari Tuhan :-) 

                                                                                                                           -chiaaw-

No comments: